Azmin menghadap Sultan Selangor esok, bincang dan selesai masalah pentadbiran negeri - Utusan Malaysia

Azmin menghadap Sultan Selangor esok, bincang dan selesai masalah pentadbiran negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran Selangor di Istana Kayangan esok. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pertemuan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi.

“Pertemuan penting ini bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran negeri Selangor sebelum Mohamed Azmin menunaikan ibadah umrah selama seminggu bermula 6 Jun ini.

“Ia juga adalah pertemuan Mohamed Azmin sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas Hari Raya Aidilfitri pada 19 Jun ini,” katanya.

Mohamed Azmin akan melepaskan jawatannya secara rasmi berkuat kuasa 19 Jun ini selepas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN