TAWAU – Empat lelaki maut manakala seorang patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang wanita dipercayai dalam keadaan mabuk di hadapan sebuah premis kedai di Pusat Komersial BDC, Jalan Chong Thien Vun di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa sedang berkumpul berhampiran sebuah bangunan kedai.
Toyota Vios dipandu eksekutif wanita berusia 34 tahun itu turut merempuh sebuah van jenis Toyota Hiace dan dua buah kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, empat mangsa yang maut ialah Dicson Lim Kien Shing, 16; Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21, dan Chong Wei Chan, 21.
Katanya, seorang lagi mangsa yang cedera ialah wanita berusia 21 tahun dikenali Chin Guan Xiong.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Toyota Vios terbabit dalam perjalanan dari arah bandar Tawau menghala ke Jalan Tiku.











