LONDON 30 Jun – Puluhan ribu orang dijangka akan menyertai tunjuk perasaan di seluruh Amerika Syarikat (AS) menentang dasar pendatang yang tegas dalam pentadbiran Presidennya, Donald Trump.
Lapor BBC, penganjur mengharapkan kesemua hadir dengan berpakaian putih yang mewakili keamanan dan perpaduan.
Perarakan utama adalah di Washington DC, tetapi salah satu orang penting bagi pergerakan itu, Anna Galland berkata, akan ada acara berasingan di 50 negara secara keseluruhannya.
Sejumlah selebriti juga telah menyuarakan sokongan mereka, termasuk pelakon Julianne Moore, Amerika Ferrara dan Natalie Portman, dan pencipta lagu muzik Hamilton, Lin-Manuel Miranda.
Himpunan itu turut tular di media sosial terutama di Twitter dengan menggunakan tanda pagar #Familiesbelongtogether.
Kini, sebanyak 2,000 kanak-kanak masih terpisah dari ibu bapa mereka walaupun perintah eksekutif Trump mengakhiri dasar kontroversi itu.
Trump tunduk kepada tekanan awam selepas berminggu-minggu mengundang kemarahan pihak dalam negara dan antarabangsa.
Perintah itu menghentikan kanak-kanak diambil daripada ibu bapa yang menghadapi pendakwaan jenayah sebagai sebahagian daripada dasar ‘toleransi sifar’ Trump terhadap kemasukan tanpa dokumen yang sah di sempadan AS-Mexico.-AGENSI











