Domino’s lancar pencuci mulut baharu, Kek Lava Blueberry Cheesecake - Utusan Malaysia

Domino’s lancar pencuci mulut baharu, Kek Lava Blueberry Cheesecake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dommal Food Services Sdn. Bhd. (Dommal Food Services), pengendali rangkaian restoran Domino’s Pizza di Malaysia memperkenalkan pencuci mulut baharunya, kek lava Blueberry Cheesecake di sini semalam.

Pengurus Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab. Rahman berkata, kek lava terbaharu itu berbeza dengan dua lagi seleksi kek lava terdahulu kerana menu kali ini menggunakan keju dan buah beri biru sebagai bahan utama.

“Untuk menghasilkan kek lava yang berkualiti, kami mengimport keju dari New Zealand dan buah beri biru pula diimport dari Perancis bagi mendapatkan rasa yang mengagumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya yakin menu baharu ini akan mendapat sambutan kerana pelanggan pasti terpukau dengan tekstur keknya yang berinti krim keju cair, ditambah pula dengan rasa masam manis buah beri biru,” katanya pada majlis pelancaran pencuci mulut terbaharu itu di The Weld, Jalan Raja Chulan semalam.

Shamsul memberitahu, Domino’s sentiasa menjanjikan sajian yang memberikan nilai wang kepada pelanggan.

Tambahnya, pihaknya menawarkan sajian baru yang menarik bagi pelanggan kami untuk menambah dan melengkapkan pengalaman menikmati sajian Domino’s Pizza.

Kek lava Blueberry Cheesecake akan dijual pada harga RM7.10 sebiji dan boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza seluruh negara bermula 1 Julai ini (esok).

Untuk maklumat lanjut hubungi Domino’s menerusi talian 1-300-888-333 atau layari laman web www.dominos.com.my untuk pesanan secara talian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN