KUALA LUMPUR 30 Jun- Seorang guru wanita diragut dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di sebuah lorong di Seri Gombak dekat sini sini kelmarin.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 30-an itu sedang berjalan sendirian sebelum didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah bertentangan.
Menurut sumber, pembonceng motosikal itu kemudian menghampiri mangsa dan merampas beg tangan mangsa sebelum suspek melarikan diri.
“Susulan daripada itu, mangsa terus terus melarikan diri ke kawasan sekitar kerana bimbang akan keselamatan diri,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











