Pakatan Harapan boleh jatuh jika gagal pegang amanah rakyat - Tun M - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan boleh jatuh jika gagal pegang amanah rakyat – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Kerajaan Pakatan Harapan  berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah  gagal memegang amanah yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama.

“Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan jika mereka gagal memegang amanah mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi di sini.

Menurutnya kerajaan dahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit berkenaan halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji.

“Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji jika ia hasil daripada yang dicuri,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN