KUALA LUMPUR 30 Jun – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Ramlan Askolani dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang baharu.
Memuatkan artikel berkaitan…
![]() |
|
Datuk Ramlan Askolani
|
Ramlan yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai itu diumumkan jawatan tersebut selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang diadakan di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.
Raja Nong Chik turut mengumumkan Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz sebagai Timbalan Ketua Bahagian Lembah Pantai baharu selepas menang tanpa bertanding. – UTUSAN ONLINE












