SPRM bukan aniaya UMNO - Utusan Malaysia

SPRM bukan aniaya UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Jun – Pembekuan akaun UMNO di tiga negeri yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan perkara biasa dalam proses penyiasatan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau menasihatkan semua ahli UMNO agar tidak berasa khuatir sebaliknya menerima tindakan itu sebagai sebahagian daripada proses undang-undang di negara ini.

“Ramai menerima berita tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Isu sebenar adalah proses penyiasatan akaun 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang disiasat dan beberapa Ketua UMNO Bahagian sudah pun dipanggil memberikan keterangan.

“Bagi saya mudah, dalam isu 1MDB kita inginkan kebenaran mutlak jadi kalau ada proses melanggar undang-undang, SPRM berhak mengambil tindakan. Kita juga tertanya-tanya tentang perkara sebenar yang berlaku,” jelasnya.

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Ketereh di sini hari ini.

Mengulas mengenai saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki supaya diwujudkan sebuah tabung khas bagi melancarkan pergerakan parti, Annuar menjelaskan itu merupakan satu cadangan.

Jelasnya, perkara itu juga boleh dibawa ke peringkat Ahli Majlis Tertinggi parti nanti.

“Sekarang ini, macam-macam spekulasi timbul berkaitan isu 1MDB, itu (beku akaun) satu perkara biasa.

“Biarkan pihak berkuasa (SPRM) menjalankan penyiasatan dan dalam undang-undang kita dibolehkan menggunakan (bagi proses melantik) panel peguam untuk melihat dalam aspek perundangan. SPRM tidak akan buat aniaya (UMNO), kenyataan juga sudah dikeluarkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN