Hanya 3 Bahagian UMNO di P. Pinang menyaksikan perebutan jawatan Ketua Bahagian - Utusan Malaysia

Hanya 3 Bahagian UMNO di P. Pinang menyaksikan perebutan jawatan Ketua Bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 30 Jun – Hanya tiga daripada 13 bahagian UMNO di negeri ini menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan parti itu hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahagian tersebut adalah Bukit Bendera dan Balik Pulau yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu manakala Tasek Gelugor pula melibatkan tiga penjuru.

Sebanyak 10 bahagian lagi yang menang tanpa bertanding adalah Kepala Batas; Permatang Pauh; Bukit Mertajam; Batu Kawan; Nibong Tebal; Tanjong; Jelutong; Bukit Gelugor dan Bayan Baru. 

Antara yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Bahagian Bagan pula mencetuskan sedikit kontroversi selepas calon jawatan Ketua Bahagiannya, Mohamad Affendi Azni petang semalam dipecat daripada parti sekali gus tidak layak bertanding.

Ekoran itu, Datuk Sheikh Hussein Mydin yang juga penyandang Ketua Bahagian diumumkan menang tanpa bertanding di Bagan.

Di Tasek Gelugor, jawatan itu akan dicabar tiga individu termasuk penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya; Muhamad Yusoff Mohd. Noor dan Roslan Abdul Rahim.

Di Bukit Bendera pula, jawatan Ketua Bahagiannya akan ditentukan antara Datuk Seri Ahmad Ismail yang juga penyandang serta Datuk Muhammed Ismail Mohammed.

Bahagian Balik Pulau pula akan menyaksikan Ketua Bahagian baharu antara Datuk Dr. Mohamad Farid Saad dan Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Keputusan penuh pemilihan di peringkat negeri ini dijangka diketahui lewat petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN