[VIDEO] Jemaah dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jemaah dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 Jun- Bilangan umat Islam di negeri ini yang berpeluang mengerjakan ibadah haji terus meningkat saban tahun dengan sejumlah 2,739 jemaah pada tahun ini termasuk 101 kakitangan kerajaan negeri yang menerima anugerah cemerlang.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

 

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  jumlah itu melonjak agak ketara berbanding cuma 621 jemaah pada 2014 dan beransur meningkatkan kepada  832 jemaah (2015), 1,327 jemaah (2016) dan 2,548 jemaah pada 2017.

“Pertambahan kuota yang diberikan Tabung Haji turut membolehkan kerajaan negeri menghantar 101 kakitangan yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

“Jemaah haji dari Terengganu  merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang pada tahun ini dengan sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Dalam program selama dua hari itu mereka diberi tunjuk ajar bagi melaksanakan ibadat haji melalui simulasi bertawaf, saie, melontar jamrah, amalan dan beribadah secara berkumpulan.

Sementara itu, Adi Azuan memberitahu, tiada peraturan baharu dikeluarkan kerajaan Arab Saudi  terhadap dari Malaysia pada musim haji kali ini.

“Setakat ini tidak ada peraturan baharu cuma ada tambahan kos cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan. Bagaimanapun semua kos lima peratus itu dibayar oleh Tabung Haji dan jemaah tidak perlu membayar apa-apa caj tambahan,” katanya.

Katanya,  kos bayaran haji bagi jemaah muassasah kali pertama kekal sebanyak RM9,980  walaupun kos sebenar di samping susulan pengenalan GST oleh Arab Saudi pada 1 Januari lalu, dan secara keseluruhan Tabung Haji dijangka menanggung subsidi hampir RM400 juta.

Menurut Adi Azuan, penerbangan untuk musim haji kali ini dijadualkan pada 14 Julai dengan melibatkan seramai 483 jemaah manakala penerbangan terakhir pula dijangka pada 15 Ogos.

Katanya, tiada penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini ke Jeddah sebagaimana tahun lalu di samping buat julung kalinya Kompleks Tabung Haji Sepang bakal digunakan untuk operasi haji tanah air menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 36 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN