Annuar Musa kekal Ketua Bahagian - Utusan Malaysia

Annuar Musa kekal Ketua Bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Jun – Tan Sri Annuar Musa diisytiharkan kekal menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang sudah 32 tahun memegang jawatan itu tidak dicabar oleh mana-mana perwakilan sekali gus menang tanpa bertanding.

Yang turut mengikut jejak langkah beliau ialah Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Mohamad Jusoh; Timbalan Ketua, Datuk Md. Alwi Che Ahmad; Ketua Pemuda, Saifuddin Mohamad, Ketua Wanita, Sabariah Hamzah dan Ketua Puteri, Marzuani Ardilla Ariffin.

Hanya jawatan Naib Ketua Bahagian dipertandingkan melibatkan perebutan tiga penjuru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN