PASIR MAS 30 Jun – Bekas Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan, Datuk Ab. Ghani Harun menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas yang baharu.
Memuatkan artikel berkaitan…
![]() |
|
|
Ab. Ghani diumumkan memenangi jawatan tersebut selepas pencabarnnya, Che Johan Che Pa yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas membuat keputusan mengejut untuk menarik diri.
Che Johan mengunumkan keputusannya itu ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini sebentar tadi.
Terdahulu, penyandangnya, Datuk Hanafi Mamat membuat keputusan tidak mempertahan jawatan tersebut. – UTUSAN ONLINE












