Empat sifir Annuar Musa - Utusan Malaysia

Empat sifir Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 Jun – Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan empat ‘sifir’ pembaharuan bagi mengembalikan kekuatan parti jika memenangi jawatan itu, pada pemilihan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, empat ‘sifir’ itu adalah kesungguhan menjaga kebajikan rakyat; tidak berpecah belah; teknik bekerja dan kesungguhan jentera.

Jelasnya, setiap perwakilan perlu meletakkan fokus mencari semula kekuatan parti dan bukan sibuk berdebat semata-mata.

“Hari ini, semua hendak cakap supaya berdebat di sana dan di sini. Namun, kalau kita tidak kembali kepada kekuatan asal parti tidak elok juga.

“Ada beberapa kerusi kalah bukan sebab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saya tidak kata bukan isu besar.

“Tetapi, kalau kukuh kita tidak akan tumbang. Ini juga berbalik pada cara kita bekerja. Kelemahan UMNO apabila di peringkat cawangan terlalu daif dan miskin, jadi pemerkasaan perlu dilaksanakan supaya kuat di peringkat itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Dewan Tun Ghaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Tetap UMNO Bahagian selaku Pengerusi Majlis, Mohamad Jusoh; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Ismail Latiff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN