Jangan merajuk kalau kalah - Utusan Malaysia

Jangan merajuk kalau kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Calon dan penyokong dalam pemilihan UMNO tahun ini diseru agar tidak merajuk dan lari dari perjuangan sekiranya tidak terpilih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, rakyat menaruh harapan menggunung buat UMNO untuk bangkit dan seterusnya kembali menerajui negara dalam tempoh lima tahun lagi.

“Saya rasa tidak ada orang Melayu Islam yang selesa dengan keadaan yang berlaku selepas ada kerajaan baharu, semua orang dapat rasa perbezaan. Sebab itu kita perlu kepada pemulihan UMNO.

“Kita mahu semasa pemilihan ini kita pilih orang yang bukan setakat UMNO suka tetapi rakyat juga suka. Saya lihat ramai perwakilan datang sejak dari awal pagi dan ini membuktikan parti kita jauh lagi dari mati malah masih segar,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bachok 2018, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Bachok, Mohd. Radzuan Hamat.

Dalam masa sama, Awang Adek turut mengisytiharkan persaraannya daripada politik namun memberi jaminan akan tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti.

“Saya sudah 15 tahun menjadi Ketua Bahagian, kita kena bagi laluan kepada pasukan baharu dan pemimpin yang berada di akar umbi.

“Saya minta maaf atas segala kelemahan dan ucap terima kasih kepada semua yang telah bekerja kuat dan membantu saya selama ini,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN