UMNO harus kembali mendahulukan rakyat - Utusan Malaysia

UMNO harus kembali mendahulukan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kegagalan UMNO berpegang kepada dasar sebenar perjuangan yang seharusnya berbakti dan mendahuluka rakyat selain terlalu memburukan negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara punca parti itu ditolak rakyat sehingga hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkata, ahli parti kini seharusnya memuhasabah diri dan kembali kepada perjuangan sebenar UMNO.

Katanya, beliau menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini walaupun parti telah tersungkur kerana mahu membangkitkan semula parti itu.

“UMNO tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Mahathir secara strategik ketika itu sehingga ambil jalan mudah mencaci dan mempersendakan negarawan itu.

“Selain itu, parti memilih untuk tidak pedulikan masalah rakyat, kita tahu masalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup menghimpit masyarakat yang mengakibatkan UMNO ditolak rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansari Resort di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN