Kenal pasti syarikat kerjasama Proton - Utusan Malaysia

Kenal pasti syarikat kerjasama Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Jun – Kerajaan telah mengenal pasti syarikat dari Indonesia yang akan bekerjasama dengan Proton dalam merealisasikan kereta buatan Malaysia-Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun Perdana Men­teri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengumumkan nama syarikat tersebut memandangkan projek kereta untuk pasaran ASEAN itu tidak melibatkan kerajaan Malaysia secara langsung.

“Kerjasama itu terhenti ke­rana saya menjadi persona non grata kepada kerajaan Malaysia. Jadi projek itu tidak diteruskan.

“Saya harap kita dapat hi­dupkan semula perancangan ini. Secara prinsip ia diterima,” katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi selama dua hari di Indonesia di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, usaha untuk merealisasikan projek kereta buatan Malaysia- Indonesia itu juga mendapat maklum balas yang positif daripada rakan sejawatannya, Pre­siden Joko Widodo atau Jo­kowi.

“Dia (Jokowi) nampak positif. Umumnya, kita mempunyai per­sefahaman yang agak baik antara kita berdua dan yang tinggal ialah pengurusan mengikut keputusan ini,” kata beliau.

Pada 2015, satu perjanjian persefahaman ditandatangani an­tara Proton dengan PT Adi­perkasa Lestari bagi mereali­sasikan cita-cita Indonesia untuk memiliki kereta nasional sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN