Akal tercari-cari kemodenan
Memuatkan artikel berkaitan…
Kononnya bertunjang kebaratan
Memandang sinis ketimuran
Nilai adat dipandang sepi
Bahasa Melayu diletak ke tepi
Agama buat-buat tak mengerti
Halal haram bukan soalnya lagi
Asal jangan tertinggal gerabak kereta api
Bergelar ratu duniawi
Asal cantik bergaya
Disanjung dunia
Lupa diri lupa segala
Tak ingat bangsa mahu pun budaya
Itulah Melayu tanpa jiwa
Sekadar membawa nama semata
Amirah Syazwani
Alor Setar, Kedah.











