12 warga Indonesia ditahan cuba keluar melalui jalan tak sah - Utusan Malaysia

12 warga Indonesia ditahan cuba keluar melalui jalan tak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 12 warga Indonesia termasuk seorang bayi ditahan selepas dipercayai cuba keluar dari negara ini secara tidak sah dalam Op Pagar Laut di perairan Teluk Gong dekat sini malam tadi.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 11 malam selepas sepasukan anggota Maritim Malaysia (APMM) melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot kayu yang sedang pelajar kira-kira 0.8 batu nautika dari Pulau Konet, dekat sini.

Pengarah Maritim Malaysia Melaka/Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata, pemeriksaan awal mendapati bot kayu dengan keupayaan 30 kuasa kuda itu tidak memiliki nombor pendaftaran. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut di dalamnya terdapat seorang tekong bersama 11 penumpang yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita dewasa berusia antara 21 hingga 45 tahun selain seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan serta dua kanak-kanak lelaki berusia 2 dan 10 tahun.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu pejabat Maritim Malaysia di Kuala Linggi untuk tindakan selanjutnya, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Amran, kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. 

Katanya, Matitim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan sebagai usaha mengurangkan jenayah di zon maritim negara. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini