Anwar dijangka keluar hospital lusa - Utusan Malaysia

Anwar dijangka keluar hospital lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam tempoh sehari dua ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Anwar Ibrahim
ANWAR

Isteri beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kesihatan Anwar sudah semakin baik selepas mendapat rawatan pakar.

“Alhamdulillah beliau sudah beransur baik, semenjak dimasukkan ke hospital, doktor telah memberikan rawatan dan telah beransur pulih.

“Doktor akan buat membuat beberapa lagi ujian dan dijangka esok atau lusa Datuk Seri Anwar akan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan EduWAQF, iaitu wakaf pendidikan hasil inisiatif AWQAF Holdings Bhd. di Pusat Konvensyen Bangi, di sini hari ini.

Anwar pada 23 Jun lalu dikejarkan ke PPUM berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya selepas pulang dari lawatan ke Turki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN