Perdana Menteri lawat Anwar di Pusat Perubatan Universiti Malaya - Utusan Malaysia

Perdana Menteri lawat Anwar di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam kelmarin.

Turut sama berada di PPUM ialah isteri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dalam laman Twitter­nya berkata, beliau berterima kasih atas kunjungan Perdana Menteri itu walaupun mempunyai kekangan masa dan jadual yang padat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih daripada saya dan Wan Azizah atas kelapangan masa Dr. Mahathir berkunjung menziarahi saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.

“Meskipun terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan dan kesihatan yang berterusan,” katanya.

Anwar turut memuat naik sekeping gambar mengenai pertemuan berkenaan.

Anwar dikejarkan ke PPUM pada 23 Jun lalu berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya selepas pulang dari lawatan ke Turki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini