Jambatan angkat tidak jejas pergerakan kapal - Utusan Malaysia

Jambatan angkat tidak jejas pergerakan kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Jun – Pembinaan jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya dan Muara Utara di Seberang Takir tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk kapal-kapal.

AHMAD SAMSURI
AHMAD SAMSURI

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun terdapat beberapa isu berbangkit mengenai kedudukan jambatan ikonik itu yang didakwa menggangu pergerakan kapal tetapi perkara berkenaan tidak berbangkit lagi.

“Pada masa ini tidak ada masalah tentang pergerakan kapal yang membawa pekerja pelantar minyak seperti didakwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita jangka penghujung tahun ini ia dapat disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Wisma Negeri di pekarangan Wisma Negeri di sini hari ini.

Yang hadir sama, pengarah-pengarah jabatan Persekutuan dan penduduk setempat.

Jambatan angkat yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri merupakan komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.

Jambatan ikonik itu adalah sepanjang 632 meter dengan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi ‘draw span’, serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup.

Dalam perkembangan lain, Dr.Ahmad Samsuri mengulangi janji untuk meneruskan segala inisiatif baik yang dicadang oleh pentadbiran dahulu termasuk akan meneliti cadangan penubuhan Universiti al-Quran di negeri ini.

Katanya, kerajaan Pas menerusi pendekatan kasih sayang komited untuk memperbaiki mana-mana pembangunan yang dirangka atau sedang berjalan yang tidak mempunyai limpahan ekonomi kepada rakyat kepada keadaan sebaliknya.

“Kita mahukan semua aktiviti termasuk pembangunan mengambil kira keperluan penduduk dan memberi manfaat ekonomi kepada mereka di samping tidak membebankan kewangan negeri, malah memberi pulangan setimpal “ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini