Speaker DUN Perak diketahui pada 3 Julai ini - Utusan Malaysia

Speaker DUN Perak diketahui pada 3 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menjalankan majlis pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu pada 3 Julai depan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, selain perlantikan speaker DUN, upacara angkat sumpah 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan timbalan speaker turut dijalankan pada tarikh tersebut.

Jelasnya, sebanyak tiga calon telah dikemukakan untuk lantikan sebagai speaker dengan masing-masing dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Pas.

“Kita sudah mengenal pasti calon daripada PH dan pihak sebelah sana juga telah namakan calon mereka. Sehingga kini, ada tiga calon daripada tiga pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan RM500,000 daripada Unisem (M) Berhad untuk Tabung Harapan Malaysia kepada kerajaan negeri Perak di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN