Tommy Thomas perlu dilantik sebagai Senator, Menteri Undang-Undang - Utusan Malaysia

Tommy Thomas perlu dilantik sebagai Senator, Menteri Undang-Undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Peguam Negara, Tommy Thomas perlu dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri Undang-Undang bagi membolehkan beliau bertanggungjawab kepada Parlimen.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Peguamcara Negara pula boleh menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

“Saya juga mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan semula Kementerian Undang-Undang dan diharap dapat dilaksanakan pada 2 Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam menyatakan istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan di Istana Negara pada 2 Julai ini.

Sementara itu, jelas Azalina, langkah tersebut bukan perkara baharu sebaliknya pernah dilaksanakan sebelum ini apabila Peguam Negara adalah lantikan politik sehingga tahun 1980.

Kata beliau, antara penyandang jawatan tersebut adalah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan Tan Sri Hamzah Abu Samah.

Tambahnya, langkah itu juga bagi memisahkan Pejabat Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara, seperti yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam sebelum ini.

“Sebagai bekas Menteri yang bertanggungjawab kepada Hal Ehwal Undang-Undang, saya turut menghadapi kekangan dalam menjawab soalan di Parlimen bagi pihak Jabatan Peguam Negara yang mana kebanyakan perkara adalah dibawah preprogatif Peguam Negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN