Axelsen mudah lepasi pusingan awal - Utusan Malaysia

Axelsen mudah lepasi pusingan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen tidak berdepan masalah melepasi pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, di sini hari ini.


Pemain No.1 dunia itu bagaimanapun terpaksa berdepan aksi tiga set sebelum menundukkan Khosit Phetradab dari Thailand 21-17, 18-21, 21-13 bagi menempah aksi menentang Tanongsak Saensomboonsuk yang menewaskan Anders Antonsesn 21-14, 21-15.


Axelsen berkata, permainannya secara keseluruhan agak baik tetapi berdepan masalah pada penghujung set kedua dia mengahadapi ketegangan di bahagian kaki sekali gus memaksanya memperlahankan permainan.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Set kedua saya berhadapan masalah dengan kaki saya, saya terlalu memaksa pergerakan dan menyebabkan kaki saya terasa tegang tetapi ia bukan satu kecederaan, selepas beberapa ketika saya kembali normal.


“Masalah seperti ini biasa berlaku terutama ketika pemain terpaksa merebahkan badan untuk menyambut bulu tangkis atau memaksa diri untuk bermain dengan pantas,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.


Sementara itu, Axelsen berkata, dia akan berdepan kesukaran untuk berdepan Tanongsak kerana pemain Thailand itu memiliki permainan menyerang yang sangat baik.


“Dia merupakan antara pemain Thailand yang bagus dan keadaan gelanggang yang berangin juga akan memberikan kesukaran untuk pemain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini