Bandar baharu Kijal tidak dibiar ‘mati’ - Utusan Malaysia

Bandar baharu Kijal tidak dibiar ‘mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 25 Jun – Projek pembangunan bandar baharu Kijal di sini yang dimulakan sejak hampir sedekad lalu tidak akan dibiarkan mati agar perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan mampu memberi pulangan kepada negeri.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan Pas Terengganu yang baru mengambil alih pemerintahan bagaimanapun akan mengkaji dan memperincikan semula projek itu.

“Kerajaan Barisan Na­­sional sebelum ini meluluskan peruntukan kira-kira RM250 juta un­tuk pembangunan di bandar baharu Kijal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana projek dalam ne­geri ini yang sedang berjalan akan diteruskan sehingga selesai sekiranya projek tersebut mendatangkan manfaat dan hasil yang baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di padang Astaka di sini, semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja selama sehari di daerah ini.

Menurut Ahmad Samsuri, ke­rajaan negeri sebelum ini juga sudah memutuskan untuk meneruskan projek yang sedang berjalan di seluruh negeri ini.

“Projek yang belum berjalan akan kita kaji dalam pelbagai aspek termasuk melihat dari segi keadaan kewangan negeri dan sebagainya,” ujarnya.

Pembangunan bandar baharu Kijal di sini dirancang dengan l2 komponen projek dengan fasa pertama melibatkan zon komer­sial yang difahamkan dibiayai melalui peruntukan kerajaan negeri dan Pusat manakala fasa kedua melibatkan zon institusi diba­ngunkan swasta.

Sementara itu katanya, kerajaan ne­geri akan mendapatkan khid­mat pakar kejuruteraan pantai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencari jalan mengatasi ancaman hakisan yang berlarutan di Pantai Geliga, Kuala Kemaman.

Ahmad Samsuri menjelaskan, pada masa sama, pihaknya akan merujuk kepada penyelidik dari mana-mana universiti bagi mencari alternatif, sumbangan idea dan kepakaran yang boleh membantu mengatasi permasalahan itu de­ngan cepat dan berkesan tanpa menanggung kos yang terlalu tinggi.

Katanya, kerjasama dengan kerajaan Pusat juga diharapkan dapat berterusan bagi membina benteng pemecah ombak sepanjang 2.5 kilometer membabitkan kos RM30 hingga RM40 juta sebagai langkah jangka panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini