Anak buah Talib ke perlawanan akhir - Utusan Malaysia

Anak buah Talib ke perlawanan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 21 Ogos – Skuad sepak takraw negara hanya memerlukan selangkah lagi untuk menuai emas pertama negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila menundukkan Indonesia 2-0 dalam separuh akhir acara regu berpasukan di sini hari ini.

Percaturan ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad menurunkan regu kedua negara pada susunan pertama ternyata membuahkan hasil apabila regu yang diketuai Mohd. Syazreenaqmar Salehan itu tidak menghadapi sebarang masalah untuk menjinakkan regu pertama Indonesia dengan 21-17, 21-13.

Regu utama negara dibarisi oleh Mohammad Shahir Mohd. Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) yang turun pada susunan kedua pula menghadapi tentangan sengit daripada regu kedua Indonesia yang diketuai oleh Hendra Pago namun menang 16-21, 21-18, 21-14 sekali gus membantu Malaysia ke perlawanan akhir menentang Thailand esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pentas akhir nanti, pertembungan umpama buku bertemu ruas apabila Malaysia akan berjumpa musuh tradisi dan juara bertahan Thailand yang mudah menjinakkan India 2-0 dalam satu lagi saingan separuh akhir yang dijalankan serentak. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN