12 kawasan berisiko tinggi - Utusan Malaysia

12 kawasan berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 12 lokasi di seluruh negara yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi bagi insiden lemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Keselamatan Aktiviti Air Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sehubungan itu JBPM telah dia­rahkan mengadakan kawalan keselamatan di kesemua kawasan terbabit sepanjang musim cuti persekolahan ini.

“Inisiatif ini diambil sebagai usaha kementerian untuk mengu­rangkan insiden lemas yang telah mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi termasuk lima di Selangor iaitu Sungai SKC Kampung Timah di Sungai Tinggi; Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu; Sungai Gasi di Sungai Buloh, Air Terjun Sungai Sendat di Ulu Yam dan Empangan Semenyih.

Kawasan lain ialah Pantai Nipah di Bachok, Muara Tok Bali di Pasir Puteh dan Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa (Kelantan); Air Terjun Lata Berembun di Raub dan Air Terjun Chamang, Bentong (Pahang) serta Sungai Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah dan Teluk Bahang, Batu Feringgi Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu, JBPM telah merekodkan 186 insiden kejadian lemas bagi tempoh Ja­nuari hingga Jun tahun ini de­ngan insiden di sungai dan tali air mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 116 kes.

Pada masa sama Majlis itu menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak yang menjalankan sebarang aktiviti air.

“Ibu bapa harus memastikan semua langkah keselamatan dititikberatkan sebagai langkah awal yang penting dalam membantu pihak kerajaan mengurangkan insiden lemas di negara ini,” demikian menurut kenyataan itu. –BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN