Dr. M tertarik inovasi, teknologi pertanian - Utusan Malaysia

Dr. M tertarik inovasi, teknologi pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 21 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad yang melakukan lawatan rasmi lima hari di China melawat Akademi Sains Pertanian China di sini untuk mengetahui lebih banyak tentang inovasi dan kecanggihan teknologi China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada lawatan itu, Dr. Mahathir turut menunjukkan minat mendalam terhadap penyelidikan yang dijalankan oleh organisasi berpaksikan inovasi itu.

Penyelidikan yang dijalankan akademi itu, antara lain, me­numpukan usaha menangani masalah strategik dan penting yang dihadapi oleh sektor pertanian.

Menerusi penyelidikan, aka­­demi itu mengeluarkan pelbagai varieti tanaman baharu dan racun serangga serta mewujudkan bank stem sel bijian untuk variasi tanaman pertanian.

Dr. Mahathir kemudiannya melawat Taman Sains Pertanian Teknologi Inovasi di sini yang mempamerkan pertanian moden dan berteknologi tinggi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN