Bengkel Dayarena tawar pembaikan pantas - Utusan Malaysia

Bengkel Dayarena tawar pembaikan pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Bengkel Dayarena Automative yang terletak di Taman Mastiara, di sini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai dan menyediakan sebanyak lapan ruang penyelenggaraan dan baik pulih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Operasi Dayarena Resources Sdn. Bhd., Mohd. Amir K. Baba berkata, bengkel itu mampu memberikan perkhidmatan kepada 10 buah kereta setiap hari bergantung kepada jenis perkhidmatan.

“Keistimewaan bengkel ini adalah ia dikendalikan oleh barisan mekanik yang berpengalaman bagi memberikan perkhid­matan penyelenggaraan dan mem­baik pulih yang pantas kepa­da para pelanggan.

“Sebagai permulaan, bengkel ini akan operasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan akan dilanjutkan menjadi 24 jam dalam masa terdekat,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amir, seramai 10 mekanik di bengkel tersebut mempunyai pengalaman terkumpul antara 10 hingga 15 tahun bagi menyelenggara kereta keluaran Eropah mahupun Jepun.

Katanya, pertaruhan untuk menceburi bidang itu turut di­buat dengan menampilkan pasu­kan pentadbiran syarikat yang ber­pengalaman luas bagi memastikan kelancaran operasi harian be­ngkel berkenaan.

“Pasaran industri bengkel ini amat luas dan kajian daripada syarikat mendapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang berkaitan.

“Ini adalah antara sebab me­ngapa kami menawarkan per­khid­matan untuk semua jenis model kereta yang terdapat di pasaran menerusi para mekanik yang berpengalaman meluas dalam industri automotif,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN