Hayati pengorbanan - Dr. Samsuri - Utusan Malaysia

Hayati pengorbanan – Dr. Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak rakyat menghayati pengertian pengorbanan dengan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk daripada pelbagai latar bangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Samsuri berkata, dalam konteks dunia hari ini, perpaduan itu sangat dituntut agar semua dapat bergerak seiringan menunaikan tanggungjawab dan bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.

Katanya, ini wajar diteladani seluruh rakyat khususnya umat Islam terutama dengan keadaan

kerajaan negeri yang baharu bertukar tampuk pemerintahan.

“Alhamdulillah, dengan limpah dan izin-Nya kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan dan dapat meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

“Apa yang baik akan diteruskan manakala setiap kelemahan kita perbetulkan. Semua ini dilakukan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat, namun cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa pengorbanan daripada kita semua,” katanya dalam perutusansempena sambutan Aidiladha.

Ahmad Samsuri turut menyeru semua penjawat awam supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sanggup melakukan pengorbanan dengan keikhlasan agar kemakmuran serta kesejahteraan negeri dapat dipertahan dan dipertingkatkan.

Sehubungan itu juga komitmen daripada golongan penjawat awam secara tidak langsung dapat membantu memacu Terengganu agar terus maju, berkat dan sejahtera seiring dengan kemajuan negara serta dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN