Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China - Mahathir - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 21 Ogos – “Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…


Perdana Menteri Malaysia itu berkata beliau benar-benar tidak tahu di mana Jho Low berada sekarang kerana maklumat yang menyatakan beliau bersembunyi di negara ini hanya khabar angin.


Laporan berita antarabangsa baru-baru membayangkan Low Taek Jho atau Jho Low, individu yang menjadi tumpuan dengan skandal 1MDB, berada di negara ini.


Dr Mahathir menjawab soalan pemberita pada akhir lawatan rasmi lima hari beliau di China.


Ditanya apa yang beliau akan lakukan sekiranya Jho Low duduk di sebelahnya pada saat itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: “Saya akan gari beliau.” – BERNAMA


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN