Jepun rancang kerjasama dengan China, ASEAN tangani isu sisa plastik - Utusan Malaysia

Jepun rancang kerjasama dengan China, ASEAN tangani isu sisa plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Jepun merancang untuk bekerjasama dengan China dan negara ASEAN dalam menangani isu sisa plastik yang dibuang ke laut, demikian menurut pegawai Kementerian Alam Sekitar lapor Jiji Press. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian juga bercadang memohon peruntukan ratusan juta yen di bawah belanjawan tahun fiskal bermula pada April 2019 untuk menampung kos pelaksanaannya.

Kebanyakan sisa plastik datang dari negara membangun.

Ia termasuk dari negara perindustrian G7 termasuk Jepun yang menyumbang dua peratus daripada jumlah keseluruhan, menurut beberapa kajian dijalankan antaranya oleh profesor bersekutu Kolej Kejuruteraan Universiti Georgia, Jenna Jambeck. 

Kajian turut mendapati, 65 peratus lagi disumbangkan oleh gabungan negara-negara maju G20, G7 dan ASEAN. 

Kerjasama Jepun, China dan ASEAN itu bakal menumpukan kepada plastik mikro.

Jepun juga berhasrat menjemput penyelidik dari negara tersebut untuk mempertimbangkan asas bagi mengira mikrofam dalam jumlah unit atau pukal, selain aspek teknikal lain termasuk saiz jejaring apabila sisa tersebut dikumpulkan. 

Di samping itu, kementerian merancang memeriksa tahap mikroplastik dan menganjurkan simposium antarabangsa membabitkan para pakar.

Ia juga akan menyiasat pengedaran plastik mikro di Asia serta bahan berkaitan lain yang berbahaya.

Jepun berharap kerjasama dengan ASEAN membolehkannya mengetuai usaha menangani isu sisa plastik apabila menerajui G20 tahun depan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN