Remaja India pecahkan rekod temasya 10m pistol angin - Utusan Malaysia

Remaja India pecahkan rekod temasya 10m pistol angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 21 Ogos – Penembak cilik India, Saurabh Chaudhary membuktikan umur bukanlah satu halangan baginya mencatat rekod baharu temasya sambil menyumbang pingat emas buat negaranya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penembak berusia 16 tahun itu berjaya meraih 240.7 mata dalam acara 10m pistol angin, mengalahkan penembak Jepun, Tomoyuki Matsuda (239.7) dan seorang lagi penembak India, Abishek Verma (219.3) yang meraih gangsa.

Kemenangan Saurabh merupakan pingat emas pertama buat India dari acara menembak. Terdahulu, dua lagi penembak India, Deepak Kumar dan Lakshay Lakshay meraih pingat perak dari acara 10m raifal angin dan trap lelaki.

Kejayaan Saurabh turut mendapat pujian netizen, termasuk legenda kriket, Virender Sehwag.

“Apa yang kamu buat sewaktu berumur 16 tahun? (Bagi) Saurabh Chaudry, dia memecahkan rekod,” kata Virender di akaun Twitter miliknya, hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN