Buskers bukan live band - Utusan Malaysia

Buskers bukan live band

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Larangan penggunaan alat muzik drum dan alat siar raya oleh ‘buskers’ sememangnya satu peraturan yang telah dimaklumkan melalui notis peringatan pada awal bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia, Wady Hamdan berkata, penggunaan drum sememangnya tidak dibenarkan dan telah diberi peringatan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Perkara ini menjadi isu besar kerana mereka (DBKL) bukannya tidak beri peringatan, namun ada segelintir buskers tetap berdegil menggunakan drum sewaktu persembahan. Jadi perkara ini menjadi tular sehingga pihak DBKL berkuat kuasa serta-merta mengenai peraturan ini.

“Kalau drum itu merupakan konsep ‘busking’, jadi tiada terma dalam penggunaan gitar sahaja dalam buskers. Buskers kena faham apa itu hiburan ringan, janganlah sampai piano pun nak dimainkan ketika persembahan busking,” katanya ketika di hubungi Utusan Online.

Busker bukan live band
Wady Hamdan

Wady juga turut berpendapat dan bercadang agar DBKL adakan format dengan menggunakan alat pengukur bunyi agar dapat selarikan bunyi ketika membuat persembahan.

“Selain guna alat ukur bunyi, saya juga mencadangkan agar pihak DBKL mewujudkan lesen bagi buskers agar mereka dapat menggunakan ia di seluruh Malaysia daripada menggunakan permit yang dikatakan baru-baru ini.

Vokulis Sajer Busker, Abel Ashabel Mohd Tamrin turut memberi pandangan penggunakan drum merupakan satu tahap yang tinggi dari buskers.

“Bagi saya, buskers ini ringkas sahaja, kalau buat persembahan buskers dengan menggunakan bass, drum, piano itu boleh kira sebagai ‘live band’ bukannya buskers.

“Apa yang penting, kita kena jaga pemantapan sistem bunyi ketika menghiburkan orang ramai, jangan terlalu kuat sampai boleh mengganggu orang sekeliling,” ujarnya.

Tambah Abel, pihak DBKL harus memperbanyakkan tempat buskers kerana dengan cara itu dapat memeriahkan bandar raya.

Tindakan penguatkuasaan hanya dilakukan selepas tempoh dua minggu notis dikeluarkan bagi memberi peluang kepada mereka mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam permit penghibur jalanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN