Warga emas maut dirempuh bas ekspres - Utusan Malaysia

Warga emas maut dirempuh bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 21 Ogos – Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah bas ekspres di persimpangan lampu isyarat di Kampung Rusila di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Mohamed Embong, 66, dari Kampung Rhu Dua meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli ayam di pasar berhampiran sebagai persiapan untuk menyambut Aidiladha esok.

Difahamkan dia membuat pusingan U secara tiba-tiba hingga menyebabkan pemandu bas ekspres ke Muar, Johor itu gagal menghentikan kenderaan sebelum merempuh motosikal mangsa.

Bas yang membawa lima penumpang dari Kuala Terengganu itu turut merempuh sebuah pondok bas di tepi jalan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN