Elaun PVR tertunggak enam bulan berjumlah RM1 juta - Utusan Malaysia

Elaun PVR tertunggak enam bulan berjumlah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Seorang anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) di negeri Selangor menggesa polis menyelesaikan pembayaran elaun 1,200 anggota dianggarkan berjumlah RM1 juta yang tertunggak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini pembayaran elaun tertangguh selama lapan bulan namun baru-baru ini mereka telah dibayar bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Kita telah membawa isu terbabit ke pihak Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor namun mereka memaklumkan terdapat masalah di peringkat Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila isu ini dibawa kepada pihak Bukit Aman, mereka memaklumkan elaun tersebut telah diberi kepada pihak IPK untuk dibayar kepada anggota PVR negeri ini. Malah, lebih menghairankan apabila anggota-anggota PVR di negeri lain mendapat pembayaran secara teratur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×