SST, cukai soda membebankan rakyat - Utusan Malaysia

SST, cukai soda membebankan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melaksanakan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selain bercadang untuk memperkenalkan cukai soda dilihat akan menyebabkan peningkatan harga barang sekali gus membebankan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…
Senator Datuk Ong Chong Swen
ONG CHONG SWEN

Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Datuk Ong Chong Swen berkata, kerajaan PH sebaliknya perlu menangani masalah kenaikan harga barang secara menyeluruh dan tidak mengambil langkah ke belakang dengan memperkenalkan cukai baharu selain melaksanakan SST pada 1 September ini.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri mengakui SST mempunyai banyak ketirisan dan kelompangan yang akan menyebabkan pendapatan negara menurun.

“Kerajaan PH peru bertanggungjawab sekiranya harga barangan tidak turun dan tidak menyalahkan pihak lain. Sebagai kerajaan baharu, mereka patut mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Chong Swen berkata, kerajaan PH perlu berhenti mencari alasan atas kegagalan menunaikan janji manifesto mereka selain tidak membuat janji-janji kosong yang sukar dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN