SPRM serbu empat lokasi berkaitan kes JPS - Utusan Malaysia

SPRM serbu empat lokasi berkaitan kes JPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyerbu rumah dan pejabat di empat lokasi sekitar Sabah berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, dalam serbuan di Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tambunan itu, pihak SPRM turut merampas dokumen-dokumen jabatan perhutanan serta dokumen kewangan syarikat yang telah memperoleh projek daripada JPS.

“Dokumen-dokumen tersebut diambil SPRM daripada rumah seorang pegawai kanan JPS yang terletak di Sandakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa pegawai kanan di jabatan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN