Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang dekat Padang Tengku, Pahang, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keluat, Beris Kubur Besar di sini, awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah Mimi Suziana Mohamed, 39, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 3.40 pagi tadi.

Turut maut ialah rakan Norfasmida, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, dari Kampung Tok Sidi, Meranti, Pasir Mas, Kelantan yang juga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dalam kejadian kira-kira  9.50 pagi itu.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah ketiga-tiga beradik itu yang tiba di tanah perkuburan pada 2.40 pagi dengan tiga van jenazah.

Jenazah kemudian disembahyangkan buat kali terakhir oleh sanak-saudara dan penduduk kampung. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN