Empat maut nahas di Kuala Lipis - Utusan Malaysia

Empat maut nahas di Kuala Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Empat maut termasuk tiga beradik apabila sebuah Perodua Viva bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Lipis-Me­rapoh, Padang Tengku di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta, Norfasmida Mohamed, 24, kakaknya, Mimi Suziana, 39, adiknya, Ahmad Faris, 16, dan rakannya, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, keempat-empat mangsa yang meninggal dunia itu berada di dalam kereta terbabit manakala pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN