Ketua polis daerah di Sabah terpalit kes minat rakan sejenis - Utusan Malaysia

Ketua polis daerah di Sabah terpalit kes minat rakan sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang ketua polis daerah di Sabah diarahkan bertukar serta-merta selepas terpalit dengan dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas tujuh mangsa lelaki melibatkan enam anggo­tanya sendiri dan seorang anggota Jabatan Sukare­lawan Malaysia (Rela).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar kecil) berkata, siasatan ke atas pegawai kanan polis itu sedang dilakukan susulan daripada beberapa laporan, dakwaan dan surat layang yang diterima berkaitan kes gangguan seksual sesama jantina didakwa membabitkan ketua polis daerah itu.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil kira semua aduan dan dakwaan. Semua perkara tersebut disiasat secara terperinci,” kata beliau selepas majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes peringkat PDRM di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, pegawai polis berkenaan didakwa melakukan perbuatan tidak senonohnya ke atas anggota sendiri, kakitangan awam dan orang awam.

“Setakat ini seperti ada kebenarannya dakwaan me­ngenai perbuatan ketua polis daerah tersebut. Tindakan serta-merta akan diambil,” tegas beliau.

Kontroversi gangguan seksual membabitkan pegawai polis tersebut tercetus semalam ekoran sebuah portal melaporkan seorang pegawai tinggi polis di Sabah dalam proses untuk dipindahkan selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap enam anggota polis dan seorang anggota Rela.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN