Hadapi ‘taktik kotor’, Al Jufferi sedia mati-matian - Utusan Malaysia

Hadapi ‘taktik kotor’, Al Jufferi sedia mati-matian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Ogos – Al Jufferi Jamari bersedia bermandi darah sekali pun andai itu yang terpaksa dilakukannya dalam berdepan taktik kotor yang mungkin digunakan oleh Indonesia selaku tuan rumah Sukan Asia 2018 di gelanggang silat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pencak silat yang akan membuka gelanggang pada 23 Ogos nanti adalah antara sukan yang menjadi sandaran kontinjen negara bagi mendapatkan pingat emas dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dan juara dunia Al Jufferi merupakan sandaran terbaik kontinjen negara.

Walau bagaimanapun, kebimbangan menyelubungi pasukan silat negara apabila Indonesia bertegas mahu melakukan undian menggunakan komputer, yang tidak digemari oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kerana khuatir akan dimanipulasi untuk memberikan kelebihan kepada pesilat tuan rumah.

Sistem elektronik dikatakan boleh dimanipulasi dan Pesaka telah bertegas untuk membantah dan mahukan sistem undian dibuat secara manual yang mengambil kira ranking dunia diguna pakai, bermakna peserta di kedudukan teratas diundi bertemu lawan lemah di peringkat awal.

“Dalam Kejuaraan Dunia di Bali tahun lalu mereka (Indonesia) sudah menggunakan sistem ini (elektronik) dan keputusan undian jelas sentiasa memihak kepada mereka.

“Bagi kami taktik Indonesia yang mahu memberi tekanan kepada Malaysia dengan cara begini bukan sesuatu yang baharu.

“Bagi saya tidak adil bagi semua pasukan apabila terpaksa berdepan laluan sukar dan letih sebelum mampu ke final.

“Walau bagaimanapun, jika undian menggunakan elektronik ini diteruskan saya hanya mahu skuad negara berhati-hati dan bekerja keras seawal pusingan pertama,” kata Al Jufferi.

Skuad silat negara meletakkan sasaran untuk memburu tiga emas dalam kempen Sukan Asia 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN