Skuad wanita negara raih kemenangan moral - Utusan Malaysia

Skuad wanita negara raih kemenangan moral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 20 Ogos – Skuad sepak takraw wanita negara akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung dengan menundukkan Jepun 3-0 dalam acara regu berpasukan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Ranau Hall, Jakabaring Sport City hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turun dengan hanya satu misi iaitu mencari kemenangan, anak buah Mohd. Fikri Mohd. Nor tidak berlengah lagi apabila regu pertama negara berjaya menyumbang mata pertama walaupun terpaksa beraksi sehingga ke set penentuan untuk menang 17-21, 21-13, 21-19.

Regu kedua negara yang dikemudi oleh tekong meningkat naik, Emilia Eva Natasha Saudia

meneruskan aksi cemerlang skuad negara apabila mudah menumbangkan wakil Jepun dengan catatan mata 21-19, 21-12.

Regu ketiga negara juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan mata apabila mereka juga menjinakkan regu Jepun dengan kiraan mata 23-21, 22-20.

“Walaupun kekalahan kepada Myanmar pada sebelah pagi tadi telah menutup ruang untuk kita melangkah ke peringkat separuh akhir, tetapi dengan kemenangan ke atas Jepun ini meningkatkan moral pemain untuk perlawanan terakhir esok.

“Jadi perlawanan terakhir esok menentang Indonesia adalah untuk memulihkan maruah skuad negara dan,” katanya selepas perlawanan.

Terdahulu, skuad negara tewas 0-3 kepada Myanmar.

Selepas tiga perlawanan, skuad negara hanya mencatat satu kemenangan dan dua kekalahan, menyaksikan pintu untuk mara ke peringkat separuh akhir sudah tertutup. –BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN