Mourinho lepas geram - Utusan Malaysia

Mourinho lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRIGHTON 20 Ogos – Jose Mourinho hilang sabar sejurus selepas pasukannya tewas mengejut 2-3 kepada Brighton semalam apabila menyindir seorang wartawan televisyen wanita yang me­ne­mubualnya sejurus tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Amex.

Jaringan Glenn Mur­ray, Shane Duffy dan Pascal Gross me­ngesah­kan kemenangan sensasi Brighton, sekali gus meningkatkan tekanan kepada Mou­rinho.

Sejurus tamat permainan, ketika ditemubual wartawan beIN Sport, Carrie Brown, pengurus United itu memberi jawapan ringkas kepada soalan pertama yang iaitu tentang keseluruhan perlawanan.

“Kami melakukan kesilapan dan dihukum atas kesilapan tersebut,” katanya.

Begitupun, jurulatih kelahiran Portugal itu membalas soalan ke­dua dengan sindiran ketika ditanya apakah pasukannya bergelut ekoran kurang persefahaman dan komunikasi di atas padang.

“Kamu (Brown) perlu benar-benar he­­bat dalam kerja kamu untuk layak ber­cakap tentang per­sefahaman antara pe­main,” katanya.

Dalam sidang akhbar, Mourinho turut mengulangi kenyataan pedas dalam sidang akhbar apabila menegaskan, dia tidak dapat memberi penilaian jujur terhadap pasukannya kerana sering dikritik oleh media setiap bercakap secara terbuka mengenai pemain yang tidak menggembirakannya.

“Apabila saya bersikap kritikal terhadap pemain saya, kamu (media) tidak dapat menerima­nya.

“Jadi, tolong jangan tanya saya soalan yang menjurus kepada perkara ini, ia tidak bagus untuk saya,” katanya.

Sementara itu, kapten United, Paul Pogba mengakui pasukan­nya tidak memiliki sikap yang betul dalam perlawanan itu selepas benteng pertahanan mempamer aksi terburuk.

Buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun, anak-anak buah Mourinho dibolosi lebih daripada dua kali dengan kesemua tiga gol Brighton dihasilkan sebelum rehat babak pertama.

“Mereka lebih lapar daripada kami. Saya meletakkan diri saya sebagai keutamaan, itu sikap yang tidak betul. Kami melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Kami cuba bangkit memberi tekanan berterusan, tetapi ia sudah terlalu lewat,” kata bintang tengah Perancis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN