Tun M ucap tahniah PM Pakistan baharu - Utusan Malaysia

Tun M ucap tahniah PM Pakistan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Pakistan yang baharu, Imran Khan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Dr. Mahathir, beliau yakin hubungan erat dan kerjasama antara Malaysia dan Pakistan akan bertambah kukuh lagi.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya berbesar hati ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri Pakistan dan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum pada 25 Julai lalu.

“Ini adalah indikasi sokongan rakyat kepada visi anda untuk Pakistan dan semoga Allah merahmati anda dengan kebijaksanaan bagi memacu Pakistan ke arah pembangunan, keamanan dan kemakmuran,” katanya dalam satu perutusan ucapan tahniah di sini hari ini.

Kelmarin, bekas bintang kriket, Imran Khan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan bagi mengetuai kerajaan campuran negara berkenaan.

Menurut Dr. Mahathir, beliau berharap kerjasama yang dinikmati Malaysia dan Pakistan dalam tempoh 61 tahun ini akan ditingkatkan lagi pada masa hadapan.

“Saya berharap dapat bekerja rapat dengan anda dalam semangat solidariti yang tulen demi kesatuan ummah,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN