Pasar tani, Agrobazar diarah jual cili merah tempatan sahaja - Utusan Malaysia

Pasar tani, Agrobazar diarah jual cili merah tempatan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengarahkan semua pasar tani dan rangkaian agrobazaar kedai rakyat di seluruh negara supaya menjual cili merah tempatan sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak berkata, arahan itu adalah untuk melonjakkan pasaran cili merah tempatan selain membantu pengusaha cili tempatan terutamanya petani muda.

“Kita sekarang sedang menggalakkan supaya rakyat kita menggunakan cili tempatan kita kerana dari segi kesedapan, keranggupan dan kesegaran cili itu ada pada cili kita kerana dikeluarkan dari negara kita, lebih dekat dengan kita. Eloklah pengguna kita adakan kempen supaya mereka ini lebihkan makan cili tempatan.

“Mengikut tinjauan kita pada puratanya sesuatu outlet FAMA ini menggunakan cili hampir 200kg sebulan. Bayangkan kita dah ada 1,500 outlet maknanya penggunaan cili merah sahaja hampir 300 tan. Dengan kaedah ini pasaran untuk cili merah tempatan kita ada di sini sekali gus memberi rangsangan kepada harga di ladang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka @ Agrobazaar Kedai Rakyat Penaga di sini hari ini.

Beliau berkata, selain cili merah tempatan, negara luar seperti Thailand, Vietnam dan China mengeksport  cili merah ke Malaysia. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN