Kementerian Kewangan perlu tambah baik tadbir urus - Daim - Utusan Malaysia

Kementerian Kewangan perlu tambah baik tadbir urus – Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kementerian Kewangan berada di tangga pertama dalam senarai kementerian yang perlu menambah baik tadbir urus selepas 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan sebagai kerajaan dalam memastikan ekonomi negara berada di landasan yang betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, kecekapan tadbir urus kementerian itu sangat penting kerana ia ekonomi negara bergantung kepada kementerian tersebut.

“Laporan cadangan yang telah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merangkumi tiga perkara asas iaitu penambahbaikan institusi di bawah kerajaan dan tadbir urus, dasar yang lebih inklusif dan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pembaharuan fiskal.

“Untuk penambah baikan tadbir urus, Kementerian Kewangan berada di tangga pertama dan ia paling penting sekali kerana kementerian inilah yang bertanggungjawab membawa pendapatan kepada negara, pastikan perbelanjaan tidak terlebih dan pastikan tiada rasuah berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN