SST lulus walaupun Dewan Negara dikuasai BN - Utusan Malaysia

SST lulus walaupun Dewan Negara dikuasai BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 diluluskan iaitu salah satu daripada lima undang-undang bagi membolehkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September ini walaupun Dewan Negara dianggotai majoriti Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Rang undang-undang itu lulus selepas undian suara dibuat dan setakat ini belum dipastikan sama ada wakil rakyat BN menyokongnya.

Seramai 32 senator mewakili BN manakala Pas pula tiga orang daripada keseluruhan 55 ahli Dewan Negara dan keputusan itu membolehkan SST dilaksanakan kembali bagi menggantikan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Empat lagi RUU yang akan dibentangkan kerajaan hari ini adalah RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Semalam Ahli Dewan Negara DAP, Liew Chin Tong melahirkan kebimbangan kemungkinan undang-undang itu tidak dapat diluluskan hari ini berikutan jumlah anggota dari kerajaan kecil berbanding pembangkang.

Justeru Chin Tong menggesa Ahli Dewan Negara BN turut menyokong supaya SST dapat dikutip mulai bulan hadapan kerana pada ketika ini GST telah disifarkan.

Gesaan Chin Tong bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Dewan Negara BN, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyifatkan sebagai gagal menghayati serta menghormati prinsip Perlembagaan

Lian Ker berkata, Dewan Negara berperanan sebagai semak dan imbang bukan sebagai `rubber stamp’ sesuatu undang-undang sebagaimana yang dikehendaki oleh Chin Tong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN