Wanita Indonesia dicekup disyaki melacur, wang RM70 hasil pelacuran dirampas - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia dicekup disyaki melacur, wang RM70 hasil pelacuran dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 20 Ogos – Seorang pelacur warga Indonesia tidak sempat membelanjakan wang RM70 hasil kegiatan maksiatnya itu, apabila dicekup polis dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Tan Sri di sini pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita terbabit ditahan pada pukul 10.15 pagi oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi Ops Noda.

Katanya, suspek berusia 38 tahun ditahan dalam sebuah bilik di rumah kedai berkenaan bersama seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai pelanggannya.

“Selain menahan suspek kerana menjalankan kegiatan pelacuran, polis turut merampas wang RM70 dipercayai hasil kegiatan haram berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, wanita warga Indonesia bersama lelaki tempatan yang ditahan sebagai saksi itu kini ditempatkan dilokap sementara menunggu reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, katanya, wanita terbabit boleh dijatuhi hukuman penjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN