Pemandu lori dijel 4 bulan ceroboh rumah warga asing - Utusan Malaysia

Pemandu lori dijel 4 bulan ceroboh rumah warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Seorang pemandu lori dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah yang disewa oleh warga Bangladesh, dua bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman terhadap R. Shatheesvaran, 35, yang didakwa melakukan perbuatan itu di rumah yang disewa oleh Sakhidar Md. Hannan di tingkat tiga, Bangunan Haji Suhaimi, Jalan Sentul Pasar, Sentul pada pukul 6.20 petang, 2 Jun lalu.

Lelaki yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Shatheesvaran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, 2 Jun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN